Wednesday, July 28, 2010

x de klass..

uhukuhukuhuk...hehehhhe
x de klass..yek2 oo jer aku dtg klass..ok la aku excited nk suh PM kamel evaluate (wahh!!) aku pnye blog..cme aku x de post video jer...x tau nk post video ape..

tpi ari nie aku x bwk purse plak...hadoiii tertinggal....
nk pinjam kak sheila la...

klass dismiss..

tata
tatabahasa..

bila aku baca balik apa yang aku post sebentar tadi..masyaRAKAT...gler bapak tunggang langgang aku punya tatabahasa..
ini kalau disuruh buat karangan macam SPM sah2 aku dapat 9.boleh gagal lagi.
jadi kepada siapa-siapa yang baca entri saya..harap diampunkan..kerana atas kesilapan yang tidak dapat diatasi..

gembira la membaca..

yang tulus ikhlas ;

eydajamil
the end....

lastttttttttttttttttt skali...

b4 go to the next asgment..
what else the story need to post in this entri...

mybe this...

bile aku nk tdooo..aku dah ngantuk sngat nie...
esok ade subjek IM, pastu ME, ptg kol 4 ade subjek Channel...
mingu nie ME dah 3x klass..gnti utk raya..yerla raya kn sume nk blek awk..termasuk a lect skali kn...sOOO kne la berkorban skit..

k la tue je nk tulis..heheheheh

tata...
episod ke 2 lastt..


nk cter ape yg aku tgk...

6.30 ptg : cter ILUSI..wooooo bestt ooo cter nie.. hari2 tgk...dah k hbess cter nie..pasru gnti cter syurga cinta..wowwiiii ade adik mia la...nk tgk.nk tgk..

10.30 mlm : cter LAILA ASYIKIN..yg nie pown bestt jugakkkk..tpi kdg2 terlupa...setia gler laila nie..klau aku la suami kawen lain..huuuuu harukk satu kampung...siap la ko lpas niee...best la pempuan nie berlakon..klau x silap dia ade berlakon cter NUR KASIH a a kawan nur...cter NUR KASIH glerr vavi la bestt..x pnah mis tgk..

knpe sume cter gne nama perempuan ek..x pnah dngo plak cter nama dia FARID KE, AFIQ KE, CUPAS KE, IDHAM KE...DOL KE...???

knpe ek???

kat rumah pun nk psng gak..


memandangkn internet nie just bleh gne kt segamat jer..nnti ble kt belitong x bleh la nk on9..sangap la aku kt rumah nnti..lme 2..2 month x gne internet...nk g cc malas nahuzubillah...save duit...

so ari tue aku ngan aisyah g TM amik borang internet yg paling murah skali..siap dpt bnde free ( mane ae bnde free dlm dunia nie ??) notebook..

dah bgtau kat mak....

dialog mak ngan anak..(dlm telefon)

anak: mak akak nk apply psg tenet kat rumah..murah je rm 38 (kot )sebulan...

mak : owh...sape nk bayo..

anak : mak la.hahahaha ( ketawa keji )ala abg kn ade..ala murah je..rm38..xpon nnti akak tong2 r..dun wory la..

mak :skati la...

anak :senyommm dgn lebarnyer..
aikk tmbhan RM1.00...mcm2 additional charges..

lgi 4 episod...

nk cter psl bil internet yg aku kne byar...

kt sni je aku dah psng stremyx..lain yg aku nk..lain yg aku dpt..bajet2 nk yg rm 50 ngan dpt notebook tue..last2 dpt yg RM110.00 p/month...

mati la aku nk byar bulan..

psng line tpon dah kne rm30...

1st bill kne RM 108.++

2nd bill RM 200++... (KO GLER AKU NK BYAR SMPI 200 NIE..)

skrang nie bru bill aku dah stabill RM 110++ every month...
and ALHAMDULILLAH..skrang share ber-6 rm110 nie..ringan skit beban aku nie...


so moral of the story...klau x de internet.. x dpt la wat IM nie..hehhehe

aku juga bisa 0n9 24/7 ...




episod ke...??

knpe aku x ske kira2...

kenape? why? porkey ( agknye la..)??

x tau knpe?aku x tau...stat fail mate mse skolah menegah form 1..aduhh lom2 dah fail..mse tue ngan cikgu??? ala cikgu nya kecik2 je..dah la fail pastue kne jalan itik plak tue..kesokk siakkk..menangis aku time tue...x psl kne jln itik..kuek kuek kuek...
cm itik kuar petang...

stat dri itu bermula la episod duka aku ngan mate..nasib la baik time pmr aku pnye mate hokehhh..klau x..habehhh kne sekehhhhh..

tp tue la nk kte x wat keje, latihan g cikgu bg..aku wat..until now aku x tau knpe..
nie kne amik paper ME plak...kipidap sje yer rohaida...try u'r best..


episod ke -8


rohaida seorang yg????


( ) panas baran tpi x reti nk zahirkn kemarahan..paling2 tidak pun aku wat mke jer...aku tkut ble time meletop..hbess..aku x sure..lum pnah lgi..amukn sang eyda...harap2 dijauhkan..

( ) pencinta haiwan..emm especially kucing. dan aku sngt x paham knpe ade yg x ske kucing...klau bleh nk try bela harimau..hehehe aje gler ( ayat iera) sbb sngat comeiiii..TAPI masalah aku skrang..aku tkut ngan rama-rama atau kupu2..ntah la.sbb GELI...

alamak lom rotate...kechik..my lovly

( ) x ske msuk cmpur hal peribadi org an aku x ske org msuk cmpur hal peribadi aku..senang ckp x ske jge tpi kain org...lantak ko r nk jdi ape...yg penting x susahkn aku..

( )pengguna yg terancang...mksdnye klau nk shopping lebih ske planning awl drpd terus terjah dan beli..SEBAB nnti aku akn menyesal klau beli tanpa rancangan..

( )ske pde handbag ngan kasut dri baju...setahun 2-3 jenis bag...bju2-3 helai je setahun...pkai bnde yg sme..org ckp sklagi boleh gne..selagi x baraiii..

( ) penyimpan rahsia yg baik...emmm klau nk cter ape2 bole bgtau aku...



episod 7...

5 RAHSIA PENTING KULIT CANTIK

Wajah sempurna tanpa setitik noda sentiasa menjadi impian setiap wanita. Mengimpikan wajah mulus bersih namun terus mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat tentunya amat su kar untuk merealisasikan segala keinginan itu. Lihatlah apa yang anda sedang lakukan kepada diri sendiri. Hindari segala yang negatif dan katakan segar dan sihat buat kulitmu.

1. Katakan tidak kepada rokok
Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembapkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.

2. Remajakan kulit anda dari dalam
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buah-buahan dan sayuran mengandungi antioksida yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.

3. Pengelupasan kulit secara berkala
Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.

4. Gunakan pelembab antioksi dan yang diperkaya dengan vitamin pada waktu malam
Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembap yang mengandungi antioksida dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.

5. Bersenam 3 kali seminggu
Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman. Perpeluhan menggalakkan perembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.












episod ke -6..

my houzemate..

1st kak sheila..

1st time knal mse aku mle2 msuk kt rumah nie after bb ngan ain.dia nk pinjam sejadah sbb sejadah dia kat dlm beg bersama2 dgn baju2 dia...
aku ingt kn dia nie sebaya ngan aku..rupa2nyer..dh 20++ ..
pas dpt tau je kne pngil akak..trus berdezup pngil KAK SHEILAA..

asal plak gmbr akak sheila nie kat atas..lain aku stting..lain plak yg kluar..

yg ke-2.

aishah...

yg nie pun satu kis gak...mle2rumah jauh..last2 dpt 1 rumah.dia pindah time intersesi ari tue...dia kesokk ngan tuan rumah dia dlu..
ilekk ea sya..jgn kesok2 dok kat sini..


aishah...


ke-3..

Nurhazimah...


yg nie pun sme ..pindah kt persiaran 2 sme2 ngn aisyah..tukang gelak ngan kak sheila..meriah rumah nie...

ke-4.. dan ke-f

wardatul nadirah a.k.a iera dira vs rabiatul nadia a.k.a yaya
skali arung la cter..ponat dh nie...uhukuhuk


iera

yaya..















sape nie..konon2 rajin..





Padah on9 24 jam..

Saban hari lahir pelbagai teknologi serba moden yang diwujudkan demi memudahkan kehidupan manusia ERA ini. Walau bagaimanapun ada segelintir manusia masih tidak bijak menggunakan kemudahan yang ada ini secara bijak sana.

Kehadiran Internet ternyata menjadikan kehidupan kita hari ini jauh lebih mudah. Mahu mencari informasi tentang apa pun, hanya perlu menaip pencarian kamu itu di papan kekunci dan ‘klik,’ jawapan akan langsung terpapar di skrin komputer atau telefon bimbit pintar milikmu. Ingin berkomunikasi atau berhubung dengan rakan-rakan lama? Kamu boleh mengaplikasikan laman web jaringan sosial seperti Facebook, Friendster, Twitter dan banyak lagi. Malah jika kamu ingin berbelanja, muat turun lagu, urusan pembayaran/perbankan mahupun memaparkan foto, semuanya boleh kamu lakukan secara online dengan Internet!

Jadi tidak hairanlah jika kehidupan hari ini dirasakan begitu sukar jika tiada Internet. Lebih-lebih lagi semenjak penggunaan BlackBerry semakin rancak diperkatakan. Tidak salah jika kamu ingin menggunakan Internet ini, tetapi berpada-padalah. Jangan sampai ketagih kerana ia akan menyusahkan diri kamu sendiri.


KETAGIHAN?

Individu boleh diklasifikasikan sebagai ketagih Internet jika seluruh kehidupannya tertumpu untuk menggunakan Internet sahaja sehingga mengganggu kehidupan peribadi, sosial dan bermasyarakat. Istilah ketagihan ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Jika individu cuma membuka Internet sekali-sekala, perlakuan tersebut masih dikategorikan wajar. Ketagihan hanya boleh dilabelkan kepada individu yang tidak boleh bekerja atau bersosial kerana terlalu sibuk dengan internet sepanjang masa. Contohnya, mangsa akan memulakan aktiviti hariannya dengan Internet sejak dari awal pagi sehingga membuatkannya malas ke kolej atau pejabat. Ataupun, sepanjang berada dalam mesyuarat, si mangsa tidak pernah lekang dengan telefon pintar miliknya. Perlakuan tersebut memang tidak wajar.

REALITI YANG TAK INDAH

Rata-rata mereka yang ketagihan Internet ini berpunca daripada rasa ‘puas’. Kepuasan itu hanya akan mereka peroleh menerusi dunia maya! Secara realitinya, si mangsa mungkin memiliki keperibadian yang agak pemalu. Namun di alam maya, karakternya adalah sebaliknya. Tidak memiliki ramai teman dalam kehidupan nyata? Segala-galanya boleh berubah menerusi Internet. Mangsa boleh berbual dengan ratusan atau ribuan teman baru setiap hari. Ingin menghiburkan diri ke luar negara tetapi tiada simpanan yang mencukupi? Hanya dengan melayari laman-laman web tertentu sesiapa sahaja boleh menikmati gambar-gambar indah negeri atau negara yang ingin dilawati tanpa perlu berbelanja. Apa yang kamu perlu lakukan hanyalah browsing.

PENURUNAN KUALITI HIDUP

Jika sudah ketagihan, tentu banyak impak negatif yang bakal terjadi. Baik dari kesihatan, ekonomi hinggalah kehidupan sosial individu. Terlalu lama merenung komputer sewaktu menggunakan Internet, boleh mengakibatkan computer vision syndrome iaitu pandangan menjadi kabur serta timbulnya gangguan lain pada mata.



episod ke-4

brotttttttttttttttttttttttttttttbrottttttttttttttttttttttttt..
aku x de idea...
bru blek dri blek kak sheila..dia ckp..

K.S: KO GLERRR NK SIAPKN 13 EPISOD KO TUE....

eyda : hukhukhukhuk..drma bersiri.ntah ble bleh hntr ke stesen tv yg berminat nk amik aku pnye cerita nie..

dia suggest n aku amik ape2 je article kt mag...

nie hasilnyerr..


Saya Suka Gadis Yang...


Gadis boleh diungkap sebagai ‘BUNGA’ yang sememangnya mempunyai tarikan di hati si jejaka secara semula jadi. Ada-ada sahaja ciri-ciri gadis yang mampu mencairkan hati lelaki. Pun demikian, ramai juga yang melontakan persepsi bahawa tarikan utama si gadis di mata jejaka adalah menerusi rupa fizikalnya. Seksi, tubuh persis supermodel atau pun yang ‘Sedap Mata Memandang’. Aspek lain bagaimana pula?

MANJA

Ramai lelaki yang meminati gadis yang penuh dengan ciri-ciri kewanitaan di dalam dirinya. Malah, ada juga yang menyatakan bahawa lelaki itu boleh jatuh hati dengan gadis yang baru dikenalinya kerana karakter dan juga tingkah lakunya. Misalnya manja dan lemah-lembut. Tapi gadis, kamu perlu ingat! Jangan mengada-ngada hingga tak kena tempat pula!

LELAKI TIDAK SUKA: Gadis yang cuba buat-buat manja dengan pasangan kekasih. Contohnya merengek-rengek di tempat awam. Itu memalukan!

PANDAI MENGAMBIL HATI

Lelaki adalah golongan yang agak keras hatinya. Ditambah pula dengan ego yang sudah tentunya ada di dalam diri semua lelaki, sudah tentulah si dia mendambakan gadis yang bijak memujuk seterusnya pandai mengambil hati pasangan.

LELAKI TIDAK SUKA: Perempuan yang serba tahu dalam semua perkara. Kadangkadang ia boleh memakan diri. Ingat ya…

TIDAK MATERIALISTIK!

Ha, ini lagi satu aspek yang dititik beratkan lelaki di dalam memilih pasangan hidup. Lelaki kini sudah bijak untuk menilai sama ada gadis yang mendampingi mereka adalah kerana nilai cinta atau pun wang ringgit. Hubungan cinta yang didasari dengan material sememangnya tidak akan bertahan lama.

LELAKI TIDAK SUKA: Gadis yang meminta itu dan ini. Kononnya mahu menilai sejauh mana tahap cinta pasangan pada kamu. Sebenarnya, itu hanya buang masa saja….

BERDANDAN RAPI

Sebagai seorang gadis, si dia sudah semestinya tahu untuk menjaga penampilan diri. Apatah lagi saat meluang masa bersama si dia. Lelaki tidak akan cakap pada si gadis mengenai soal berpakaian. Cukup jika si gadis itu sendiri tahu apa yang terbaik untuknya dan tidak terlalu ringkas atau pun selekeh. Buat malu saja!

LELAKI TIDAK SUKA: Kekasihnya pakai pakaian yang entah apa-apa semata-mata mahu menarik perhatian si dia. Percayalah, cara itu langsung tidak ‘cool’!



episod ke-3

marathon...

nk tau ape sbb wat drama bersiri 13 epoisod nie...
sbb esok PM KAMEL nk tgk ade 20 entri kt blog kitorg nie..
DAN ..
aku rse sume studnt klass PM KAMEL tgh berusaha sedaya upaya utnk memenhkn dan menyiapkan entri msg2...cayalah aku nie..

aku ape lgi bersiap sedia mencari ide2 yg bernas utk menjayakn drama bersiri 13 episod nie..
dah siap utk episod ke-3..
pelakon2 nye

watak utama...

eyda sbgai pelakon utama merangkap pelakon paling 'popolor' ( x de mksd yg mencarut)

eyda II sebagai asstant pelakon utama. tewas kpd eyda pelakon 'popolor' dlm satu anugerah..

eyda III sebagai mak tiri pelakon utama (sngt jahat , dengki, busuk hati )

eyda IV sebagai anak kpd mak tiri pelakon utama ( pon sme gak 2x lebih jahat, dengki, busuk hati , busuk punya olang )

eyda V sebagai hang kebun. nk jdi hang tuah tpi x berjaya...


sekian...

Episod ke-2

x pnah2 sblum nie....

b4 nie aku sakit tergolek2...terbuek2..x de la smpi nk kne cocok ngan injection..TPI tadiii..mak akak cocok la..skit tau..kebas tngan nie,nsib dpt MC..

nie sume gara2 kne period pain..hukhukhukhuk...
btol2 mcm org skit tdi...

aku ; nk cucuk sblah mana kak?

nurse ; yg x menulis dik..tahan dik ea..

nurse cocok aku smbil kaki nie bergerak ikot irama lagu yuna...

nurse : ok siap..

aku ; thanx kak..

aku keluar dgn penuh bergaya..dan MENAHAN SKIT....

Drama bersiri 17 episod...




















Episod per-1





Ikut cakap mak...

Mak dlu ade pesan...lain kali bila bercakap fikir perasaan org lain dlu..sebelum ckp...fikir dlu!!jgn dah ckp bru nk terkengkeng2 nk pkir..time 2 dah x berguna dahh paham tue!!!

dan aku ingt pesan tue smpi skrang..tpi msalahnyer skrang...bila aku review blek ( chewahh ayaT) setiap ape yg org ckp kat aku...aku rse diorg x pnah fikir..emm mybe mak dia x de pesan ape2 kot.SOOOO skrang aku dah wat desicion yg aku x kn pkir dah perasaan org lain..mampasss ko r..nk terasa ke,ape ke..ADE AKU KESAHHH!!

so skrang aku nie x nk dngo ckp mak la???

pendapat korg???? ape ptot aku wat??

Wednesday, July 21, 2010

dah siap..

asgment sales dah siap mlm tdi..
dengan semangatnyer siapkn jgak mlm tdi...
hari nie tinggal print je...
disebabkn print aku yg gonjeng tue...kne la print dkt library...
nie tngh tngu yaya ngan iera bersiap..
klas PM KAMEL jap lgi..
hope PM x tutup pintu..
hehehehe

hadusss..

emmm asgment x wat lgi..adoyaiii..mood x smpi lgi nie..agk2 ble bleh siap.
tdi setting printer,siap pinjm hair dryer iera nk bersihkn sawang2 kt printer tue sbb dah lme x gne..bersih pnyer bersih skali nk try print ..bru aku ingt!!!
laptop nie pnah format..sOOO maknenyer maksudnyer artinye...aku kne install blek la printer nie..masalahnyer skarng nie..cd untk install pun aku x tau cmpak kt mane..mengeluhh lgi..pendek umo la jwbnyer aku nie..
KESUDAHANNYA...
MASUKKN BLEK PRINTER BWH KATIL...
JMPE LGI NEXT TIME!!

aku independent??

wahh statement yg sngt x bleh blah??
mksdnyer aku bleh kemane je wlapun sorg2???
YESS I CAN DO THAT!!

since aku pnye bestpren lari ikot bf dia..since that la aku sorg2..org kata kwn biar seribu..tpi aku dia la kwn aku dunia akhrat..aku x cri lain..once dia wat taik ngan aku..PADANN mke aku la..

pas2 ngan adik aku plak..kemana dia pgi disitula ada aku..tpi Allah lebih sygkn dia....aku REDHA kehilangan dia after 2 month abah aku pegi...

ROHAIDA KAU MEMANG KUAT TERIMA SEMUA NIE..!!

pastue aku start g mane2 sorg2..lgi best dan x pyah menyusahkn org..x pyah tngu org..dan bla bla bla...

tdi mse kt masjid ajai ckp aku nie independent kn..aku ckp yer siti..aku sngt independent..insyaAllah..

klau blek rumah pun aku lgi ske blek sorg..x kre la nek bus ting tong ting tong ke..train ke..bus ke..SEBAB????
nnti x pyah nk susahn kau.sebab aku seorg yg cepat dan x ske tngu org..PENANTIAN SATU PENYIKSAAN..yezzzz..







Tuesday, July 20, 2010

jogging..

planning nk jogging ngan kak sheila ymy x wat jgak akhirnyer..
sebabbbb kak sheila x kejut bngun tdo...
kenape excited sngt nk jogging nie ???
sebab aku rse aku dah ketahap yg akan mengembang..huhuhu

aku kne excersice...
ayohhh rohaida!!!

azam baru..

semester bru aku dah target nk naikkn pointer...tue yg pling mustahak dan terpenting skali...result sebelum nie yg emmm...memerlukan semangat bru...
aku hrp nie bkn setakat semangat jer...KIPIDAPPP yer ROHAIDA!!!


continue

kol 9.30 am kitorg bertolak dri key ell ke genting.dlm kol 11 bru la kitorg smpi..
wuhuuuu!!!
smpi jgak akhirnye...
1st game yg diorg main ialah SPINNING..ala nek kat kerusi yg bleh terbang tue..aku x naik sebabbb aku dah tau awl2 aku akn pening kple..aku sngt2 la snstf ngan bnde pusing2 nie...

lpas main spinning tue bru laa aku join main game yg lain...antaranyer...CORK SCREW , FLYING COSTER , CYCLONE , SPACE SHOT ngan Euro Express...wow weee unsangkarable aku nek semua bnde2 glerr nie..mmg glerr..yg paling x bleh blah aku naik space shot...perghhhh itulah pertama dan terakhir aku nek bnde tue..x de keje nk naik lgi...

dri kol 11 pgi smpi la kemalam kitorg sume bertapa kt puncak sne...

esok nyer kol 830 dah bertolak blek key ell..tata genting...


Monday, July 12, 2010

Genting Highland...grrrr sejokk















once upon a time...planning nk g genting telah dirancang dengan rapinye sejak dri semester lepas lgi...dannn terjadinyer kejadian pemergian ke genting pd 9-11hb julai 2010...woww!!!actually x brape xcited sebab x tau knpe...

planning nk skip klas hari jumaat x jdi sebab ktorg dah berubah kearah kabaikan...lpas klas jmaat msing2 berdezuppp blek rumah la ape lgi...tiket kitrg kol 2.30 ptg nek bus cepat xpress ke bukit jalil.kitorg...aku,nadea yaya , iera dira, lokman hakim, afiq azizan, syazz, ngan al-hadi bertolak ke key ell..ktorg ber-7 nie berangkat ke key ell..


9/7/2010
7.00-3.00 am
mid valley, up town kota damansara...


smpi je key ell kitrg singgah kat mid valley.hadi ngan syazz ntah kemana, cupas awal2 lgi dah berdezupp pownn ntah kemana...tinggal la aku, yaya , iera , ngan qfiq azizan...
smpi sne ape lgi cr tempat untk mkn..dah bengkok perot nie bak kata yaya.plan pnye plan si iera suggest mkn kat MADAM KWAN..amik ko 6 org mkn rm 145.00 klau x silap aku..x pe la mkn skali je kat situ..lain kali lalu jer...mengingat kenangan pernah mkn kat situ..

wahhhh kemain lgi ngan budak bertiga nie shooping..aku just tengok jer la..x de planning nk bli brg kat mid valley..bukan ape beli tnpe dirancang ...nnti aku menyesal kendian hari..jelezzzz sngat tgk diorng nie shopping..huuu =(
dah berabiss duit kat mid valley...kawan nyer si yaya..amin amik la ktorg n then singgah kat up town damansara...ape yg aku ble?? aku bli crocs la lima blas hingget..ok la tue..drpd x bli langsung.

dah penat menyalak kat luar blek rumah amin utk tidooo..udeh ngantokk sngat nie..smpi rumah dlm kol 3-4 am...glek rr esok nyer kol 9.30 dah kne nek genting plak..

*** sambung esok bleh x...dah ngantok***